Sunday 17 April 2011

VitaHealth E Vita 400

Vitamin E ni pun bagus elok untuk kulit, terasa keanjalan kulit kalau korang nak tau.....paling berkesan makan bersama vitamin C lagi cepat berkesan....kulit pun leh jadi gebu kerana di rawat dari dalam....^_^  jadi jangan lupa makan vitamin k...kalau tak mampu beli vitamin makan buah pun bagus jugak makan lah buah yang ada vitamin yerrrrr....^_^


A superstar nutrient with antioxidant properties. Vitamin E helps protect the body against free radical damage and may aid in skin healing.

Vitamin TRN Bioflavonoids C 1000 Plus Zinc

Vitamin ni lah yang aku makan hari-hari elok untuk tenaga, terutama sekali orang yang terlalu sibuk bekerja kerana badan pun memerlukan  vitamin dalam badan,bertenaga sikit badan nanti hehe^_^



VitaHealth TRN Bioflavonoids C 1000 Plus Zinc offers superior antioxidant protection in one tablet for easy convenience. The time release nutrition (TRN) is designed to gradually release the antioxidant nutrients over a 4-hour period. Specially formulated to promote a healthy immune system throughout the year and is especially good during times of prolonged stress. • Time Release • Convenient. One-a-day Formula 

Directions
1 tablet daily after food.

Ingredients
Vitamin C, zinc, bioflavonoids, rutin, hesperidin
 

Lipstik (Gincu)

Aku suka pakai gincu ni warna pink, tahan lama lipstik ni taw.....warna dia pon cantik sesuai untuk kulit cerah dan gelap nampak cam comel jer color dia kalau pakai di bibir....hehe^_^

Perfume (Women of Earth)

Aku suka pakai perfume ni giler wangi dan tahan lama, aku suka bau-bau bunga.....boleh tahan mahal jugak perfume ni tp aku beli time promosi lah murah sikit, tp perfume ni lah aku selalu pakai....hehe^_^ bau dia lembut jerrrrrrrrrr.......sesuai bau badan perempuan hihi.

Lip Gloss (Pelembab Bibir)

Sesuai untuk kulit yang merekah, aku selalu pakai lip gloss ni apabila bibir kering, bau lip gloss ni pon sedap bau-bau buah gitu hehe^_^

Liquid Eye Liner (Nylon Hair Brush)

Sebelum aku pakai eye liner yang jenis role atau stik bukan pensil taw, aku mesti pakai liqid eye liner ni dulu.....sebab aku nak bentuk kan dulu kat mata sebelum touch up eye liner di bahagian mata....bagus nya liquid eye liner sebab cepat kering dan mudah membentuk berus dia halus dan lembut^_^ korang cuba lah, mula-mula memang comot lama-lama ok......hehe^_^

Eye Liner & Lip Liner

Aku paling suka pakai eye liner Avon, pekat dan lembut bila di pakai sebab jenis stik, kalau kena air pon warna eye liner ni tak hilang pon best taw! aku suka sangat dan ini lah hari-hari aku pakai mata pon nampak cam galak jea hehe^_^ pastu yang Mac punya pulak jenis pensil lip liner ni ok lah jugak boleh pakai 2 in 1 taw boleh jd eye liner n lip liner sekali hehe^_^

AVON


MAC



Eye Shadow (Pembayang Mata)

Aku ni suka tukar-tukar eye shadow mana color yang aku suka aku akan pakai hehe...tak kisah lah yang murah ke yang mahal ke aku mesti pakai just nak ada color jerrrr hehe^_^ aku akan tunjuk eye shadow ape yang aku pakai k ^_^ ikut kan banyak nak tunjuk aku tunjuk yang aku pakai je lah yerrrr hehe^_^


MAC

ROLE ROSE


Saturday 16 April 2011

Blusher ( Pemerah Pipi)

Erm....Pemerah pipi adalah sebahagian untuk mencantik kan lagi solekan kalau korang nak tahu, pastinya ramai yang dah tahu kan hehe...Terdapat pelbagai jenis warna pemerah pipi untuk pelbagai jenis kulit. yang menjadi kegemaran masa kini adalah warna merah jambu dan sedikit keorenan.

Blusher Avon

Blusher Silky Girl

Friday 15 April 2011

Two Way Foundation

hehe....baru sekarang aku dapat beli bedak compact niiii......bukan apa....bedak compact two way foundation ni agak mahal sikit, ni pon beli sebab ade diskaun hehe....bedak foundation ni memang elok....aku suka pakai sebab dapat menutup cela-cela di muka, bagus kannnnn??? tak payah pakai foundation ini pon dah cukup huhu...kalau korang nak tahu mak andam pon guna bedak foundation miyami ni tau untuk mekap kan pengantin hehe^_^ bedak compact two way foundation ni aku pilih yang light sebab kulit aku cerah dan sesuai dengan kulit aku....^_^ hehe


1. Pengawalan minyak yang sempurna untuk kesan pusam sepanjang hari:
mengandungi ramuan penyerap minyak untuk menghilangkan kesan berkilat, untuk hasil yang lebih bersih, bebas-kilatan. Bedak mikro yang mengandungi lebih penyerapan, membantu melawan peluh, panas dan lengas untuk hasil bebas kilatan sepanjang hari.

2. Tekstur lembut bak sutera, litupan penuh:
Bedak mikro-halus yang sungguh ringan memberikan tekstur kulit rasa lembut bak sutera. Ia melitupi ketidaksempurnaan kulit dan dalam masa yang sama, kelihatan semula jadi dan segar sepanjang hari. Melindungi kulit daripada sinaran UV.


Clear Smooth Extra Shine Free Powder Foundation

Bedak compact ni yang paling best setiap hari aku pakai, harga pun tak lah mahal sangat sesuai lah dengan perbelanjaan kita kalau nak beli barang mekap niiiii...hehe kalau malas nak pakai foundation bedak compact ni dah ade foundation dah pun, just apply je kat muka tu pon dah cantik macam pakai faoundation,biasanya aku pakai yang natural sebab sesuai dengan kulit....kulit aku ni cerah tak boleh pakai yang light nanti lagi putih pulak so pilih yang natural nampak lah natural muka tu hehe....^_^


1. Pengawalan minyak yang sempurna untuk kesan pusam sepanjang hari:
mengandungi ramuan penyerap minyak untuk menghilangkan kesan berkilat, untuk hasil yang lebih bersih, bebas-kilatan. Bedak mikro yang mengandungi lebih penyerapan, membantu melawan peluh, panas dan lengas untuk hasil bebas kilatan sepanjang hari.

2. Tekstur lembut bak sutera, litupan penuh:
Bedak mikro-halus yang sungguh ringan memberikan tekstur kulit rasa lembut bak sutera. Ia melitupi ketidaksempurnaan kulit dan dalam masa yang sama, kelihatan semula jadi dan segar sepanjang hari. Melindungi kulit daripada sinaran UV.

Ance Cream For Treatment of Acne & Pimples

Kalau korang nak tau ubat jerawat ni lah yang aku pakai selama ni, kadang-kadang tangan ni gatal nak picit jerawat lepas picit jerawat, cream ni lah yang aku sapu kan kat bahagian yang ada jerawat alhamdulillah terus sembuh jerawat turrr....^_^ hehe


Krim Jerawat Tracia Teen adalah dirumus khas untuk para remaja untuk merawat masalah jerawat. ia mengandungi agen anti-bakteria dan minyak tea tree untuk melegakan kulit anda. ia juga dapat membantu:
- membunuh bakteria-bakteria jerawat yang akan mengakibatkan jerawat
- menyerap minyak muka yang berlebihan.

Hand and Body Lotion

Aku suka pakai losyen ni terutama sekali di bahagian tangan sebab tangan boleh menjadi lembut dan wangi, aku suke bau-bau bunga dan bau-bau yang sweet hehe^_^ macam bau losyen sparkling cherry blossom dan wish of love memang sweet..........^_^

Losyen Susut Perut Pati Limau Nipis & Halia

Aku suka pakai losyen ni terutama sekali kat bahagian perut sebab boleh kempis perut slim la sikit hehe, nak lebih berkesan lagi setelah menggunakan kan losyen pakai besama-sama dengan bengkung, pakai losyen ni sebelum tidur hasilnya tengok pada hari esok pasti kempis sikit^_^ tapi yang best nya macam-macam kita boleh guna losyen ni kalau tak percaya cuba lah....


- urutan seluruh badan
- membakar lemak dan melangsingkan badan
- mengurangkan selulit
- melegakan sakit akibat sengugut
- sakit otot dan sendi
- kembung perut dan sakit belakang.



Aiken Medicated Talc (Bedak Berubat)

Aku suka pakai bedak ni cukup lembut untuk kegunaan harian, untuk keselesaan  dan perlindungan kulit. Mengurangkan rasa gatal ruam panas. Menyerap lebihan lembapan kulit untuk menjadikan nyaman, kering dan selesa. Menolong mencegah kerengsaan kulit. Bahan-bahan aktif menentang bakteria. Bedak nyaman dan lembut mencegah kulit daripada mengelupas. Perlindungan deodaran yang mencegah pembiakan bacteria. Disyorkan untuk mencegah kerengsaan kaki. Membuat kaki berasa nyaman kering dan sihat.

Clear Pore Deep Cleasing Mask

Yang ni untuk menanggalkan bintik-bintik hitam di muka terutama sekali di bahagian hidung, aku akan pakai mask ni seminggu sekali untuk menhilangkan kotoran di bahagian hidung, biasanya di bahagian hidung pasti ada jerawat nasi yang dikenali black head, senang je nak pakai benda ni sapu krim mask ni sehingga kering pastu dah kering cuba tanggalkan yang dipakai mesti tertanggal jerawat nasi tu di mask(topeng) turrrr.....dan hasil nyer menakjubkan hehe^_^

Thursday 14 April 2011

Whitening Deodarant 24H Protection

Dalam banyak-banyak deodarant produk garnier jugak yang aku pilih hehe....sebab nya kalau pakai deodarant ni badan tidak berbau dan sentiasa segar sepanjang hari,hari-hari aku pakai deodarant ni sangat berkesan......^_^  dan boleh mencerah kan di bawah lengan anda cubalah...hehe


Dengan pati lemon/mineral aktif kecerahan yang boleh diukur untuk mengurangkan kesan gelap di bawah lengan.
- Perlindungan 24 jam
- Membenarkan kulit bernafas
- Tanpa alkohol

Light Brightening Scrub

yang ni lebih kurang macam pencuci muka Light Gentle Clarifying Foam, cuma beza nya pencuci ni jenis scrub.....bagus jugak pakai pencuci scrub ni kulit pun jadi lembut dan berseri ^_^


Scrub dengan micro beads lembut, yang membantu mengangkat sel kulit mati dan jerawat, serta mencerahkan sel kulit kusam. Gunakan scrub ini 1 kali 3 hari.

Light Complete Multi-action Whitening Cream

yang ini sesuai untuk kulit berparut terutama sekali tentang parut jerawat, memang berkesan sebab boleh mrngurangkan bekas parut jerawat kalau tak percaya cubalah.....sebelum menggunakan kan  Light Complete Multi-action Whitening Cream ni korang kena pakai pencuci muka, toner dan baru lah produk niiiii....^_^ pasti berkesan....



Krim yang mengandungi Salicylic Acid Derivative yang berfungsi untuk mengontrolkan minyak agar tidak berlebih sehingga kulit terlihat bebas kilau hingga 8 jam, menyamarkan bintik hitam dan bekas jerawat, serta membunuh bakteria penyebab jerawat. Light Complete Multi-action Whitening Cream ini ditujukan bagi kulit wajah yang normal dan agak berminyak.

Milky Lightening Dew (Toner)

Aku suka pakai pelembab muka Milky Lightening Dew ni sebab kulit muka rasa segar je bila pakai di muka^_^ kulit pun terasa bagaikan di rawat dengan kelembapan pelembab ini, sebab sepanjang hari kita menggunakan kan mekap, muka juga memerlukan rehat agar liang roma di muka tidak terbuka liang roma muka pun perlu bernafas, tip paling berkesan selepas cuci muka sebelum tidur jgn guna apa2 krim atau apa-apa losyen di muka melainkan menggunakan pencuci di muka itu tak apa sebab wajah perlu rehat...^_^hehe


Formula sesegar susu ini diperkaya dengan pati/sari untuk membantu meningkatkan atau menanggalkan sel kulit mati. Kulit anda terasa lebih halus, cerah, lembut dan warnanya tampak lebih merata.

Monday 11 April 2011

Light Gentle Clarifying foam

Nak share ngan korang produk pencuci muka yg ni lah yg aku pakai??? Arrrr ni lah rahsia nya Garnier Light Foam bagi aku pencuci muka ni sesuai dengan aku, yang best nyer jerawat pun dah kurang kalau takkkk mashaAllah....byk jerawat yg tumbuh huhu tak sanggupppp hehe^_^  tp ade jugak garnier yg khas untuk jerawat iaitu garnier pure, tp walau mcm mana pun Light Gentle Clarifying foam jugak yg aku suka pakai hehe....selamat mencuba.....^_*



Ini lah kelebihan pencuci muka garnier light foam tekstur buih yang lembut, mudah dibilas, dengan sari/pati lemon untuk membersihkan secara intensif, wajah kelihatan lebih cerah dan bercahaya^_^.

Sunday 10 April 2011

JOM KITA JAGA KULIT MUKA DAN BELAJAR MEKAP UNTUK KECANTIKAN ^_^

Erm.....Hari ni aku nak share ngan korang tentang mekap yang dikenali SOLEKAN, semua orang nak  kelihatan cantik terutama sekali tentang penjagaan wajah dan diri....Pasti ramai wanita-wanita dan gadis-gadis di luar sana yang gemar bermekap kan... kadang-kadang mekap ini menjadi kepuasaan, bila tengok barang-barang mekap mesti nak beli dan ingin terus mencuba tak kisah jenama apa pun asalkan sesuai dengan kulit muka kita, tak salah kalau nak belajar mekap untuk menampilkan wajah yang lebih cantik dan menarik ^_^